Seorang cedera, pacuan empat roda terbabas di Betong

Spread the love

BETONG, 26 Jan: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila pacuan empat roda yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas berhampiran simpang Tanu, petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Pegawai Bomba Kanan I, Henry Jugah berkata insiden kira-kira jam 7 petang itu telah mengakibatkan mangsa yang berusia 25 tahun mengalami kecederaan di muka dan tangan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 7.14 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Pasukan Bravo digegaskan ke lokasi dan apabila sampai, Toyota Hilux yang dipandu mangsa didapati terbabas di bahu jalan.

“Mangsa yang masih berada di lokasi diberi bantuan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Betong untuk rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Difahamkan, lelaki terbabit tidak tersepit pada kenderaan dan keluar sendiri sebelum Bomba tiba.

Beliau berkata, pasukan bomba turut melakukan pemantauan dan pemeriksaan susulan bagi memastikan lokasi kejadian selamat. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.