Pembinaan Jambatan Batang Saribas capai kemajuan 60.93 peratus

Spread the love

KUCHING, 26 Jan: Projek pembinaan Jambatan Batang Saribas setakat ini telah mencapai kemajuan sebanyak 60.93 peratus.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shahfizan Kepli berkata, perkembangan mengenai jambatan sepanjang 1.5 kilometer (km) yang menghubungkan Pusa-Beladin itu telah dibentangkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika mesyuarat bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas  9 Januari lalu.

“Projek yang bermula pada 3 Jun 2019 ini dijangka siap pada 15 Ogos 2024.

“Kita doakan agar jambatan ini dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya kelmarin.

Sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja sekitar RM375 juta tergendala akibat penularan pandemik COVID-19.

Selepas jambatan berkenaan siap kelak, ia akan memendekkan masa perjalanan tanpa perlu menggunakan perkhidmatan feri. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.