Lawatan rasmi PM, Premier Sarawak ke Brunei: Apa yang perlu anda tahu?

Spread the love

KUCHING, 26 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke Brunei Darussalam pada 24 Januari hingga 25 Januari 2023, sejak dilantik ke jawatan itu pada 24 November 2022.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut serta dalam lawatan berkenaan.

Berikut merupakan antara rentetan peristiwa dan perkembangan hasil lawatan tersebut:

 Anwar selamat tiba di Brunei untuk lawatan rasmi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari. Pesawat khas membawa Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendarat kira-kira pukul 3.12 petang Selasa.

Baca berita selanjutnya:

Anwar selamat tiba di Brunei untuk lawatan rasmi

 

•  Premier Sarawak antara ahli rombongan Perdana Menteri ke Brunei

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Brunei Darussalam kira-kira pada jam 12.00 tengah hari Selasa bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi pertama ke negara itu. Sejurus tiba di Bandar Seri Begawan, Abang Johari menghadiri Mesyuarat Pra Majlis yang berlangsung kira-kira dua jam, dipengerusikan oleh Anwar di sebuah hotel di Bandar Seri Begawan.

Baca berita selanjutnya:

Premier Sarawak antara ahli rombongan Perdana Menteri ke Brunei

 

Kolaboratif Malaysia-Brunei terokai industri halal, digital

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, kolaboratif akan dilaksanakan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai pada Rabu (25 Jan) antara Lembaga Pelaburan Pembangunan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

Baca berita selanjutnya:

Kolaboratif Malaysia-Brunei terokai industri halal, digital

 

•  Sarawak kukuhkan kerjasama pelbagai bidang dengan Brunei

Kerajaan Sarawak optimis untuk mengukuhkan kerjasama dengan Brunei dalam pelbagai sektor yang memanfaatkan kedua-dua pihak. Menurut kenyataan Kerajaan Sarawak yang dikeluarkan melalui Pejabat Premier Sarawak, perkara ini akan direalisasikan menerusi Jawatankuasa Bersama Brunei – Sarawak di peringkat menteri dan dibantu oleh Kumpulan Kerja Bersama di peringkat pegawai kanan untuk hubungan dua hala.

Baca berita selanjutnya:

Sarawak kukuhkan kerjasama pelbagai bidang dengan Brunei

 

•  Sektor pertanian, produk halal, minyak dan gas Sarawak dengan Brunei ditingkatkan

Sarawak berhasrat untuk merancakkan sektor pertanian serta kepelbagaian industrinya dengan Brunei. Menurut kenyataan Kerajaan Sarawak yang dikeluarkan melalui Pejabat Premier Sarawak, bidang pertanian yang akan diberi tumpuan membabitkan tanaman padi, ternakan dan perikanan.

Baca berita selanjutnya:

Sektor pertanian, produk halal, minyak dan gas Sarawak dengan Brunei ditingkatkan

 

•  Sarawak beri sumbangan penting kejayaan hubungan Malaysia dengan Brunei – Abang Johari

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelbagai kejayaan yang dicapai dalam kerjasama Malaysia dan Brunei turut disumbangkan oleh peranan yang dimainkan Sarawak. Sehubungan itu, beliau berkata, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk mengukuhkan lagi kerjasama berkenaan dan perkara ini akan dapat direalisasikan berdasarkan keupayaan yang telah dipamerkan oleh Sarawak.

Baca berita selanjutnya:

Sarawak beri sumbangan penting kejayaan hubungan Malaysia dengan Brunei – Abang Johari

 

•  Anwar iktiraf kemajuan ekonomi hidrogren dan digitalisasi Sarawak

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf usaha Sarawak yang meneroka sektor baharu ekonomi hidrogen yang telah membuahkan hasil. Beliau berkata, Sarawak kini telah terkedepan dalam sektor berkenaan malah turut menonjol dalam aspek pendigitalan.

Baca berita selanjutnya:

Anwar iktiraf kemajuan ekonomi hidrogren dan digitalisasi Sarawak

 

•  Sultan Brunei terima menghadap Anwar dan delegasi Malaysia di Istana Nurul Iman

Pada Rabu (25 Jan), Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei, di Istana Nurul Iman. Perdana Menteri turut diiringi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Baca berita selanjutnya:

Sultan Brunei terima menghadap Anwar dan delegasi Malaysia di Istana Nurul Iman

 

•  Malaysia dan Brunei kukuhkan kerjasama, kekalkan hubungan istimewa – Anwar

Malaysia dan Brunei terus mengukuhkan kerjasama dan mengekalkan hubungan istimewa yang terjalin sejak 1984. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua negara telah menjalin kerjasama di dalam pelbagai bidang dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungan istimewa yang ditunjangi oleh rumpun Melayu dan agama Islam.

Baca berita selanjutnya:

Malaysia dan Brunei kukuhkan kerjasama, kekalkan hubungan istimewa – Anwar

 

•  Brunei mahu projek dirancang dengan Malaysia dipercepatkan, kata Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Brunei mahu kerjasama yang dirancang dengan Malaysia dilaksanakan dengan segera. Menurutnya lagi, perkata itu dinyatakan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika sesi menghadap di Istana Nurul Iman sempena lawatan rasminya.

Baca berita selanjutnya:

Brunei mahu projek dirancang dengan Malaysia dipercepatkan, kata Anwar

 

•  Anwar cadang lebih banyak penerbangan Sabah dan Sarawak dengan Brunei

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar lebih banyak penerbangan melibatkan laluan Sabah dan Sarawak dengan Brunei ditawarkan bagi memacu pertumbuhan ekonomi. Kata Perdana Menteri, ini kerana Sabah dan Sarawak akan menerima tempias ekonomi berikutan hasrat Brunei mahu menjadi hab utama penerbangan antarabangsa di rantau ini.

Baca berita selanjutnya:

Anwar cadang lebih banyak penerbangan Sabah dan Sarawak dengan Brunei

 

•  Bajet 2023: Tiada golongan dipinggirkan, kata Anwar

Jaminan itu diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pembentangan semula Bajet 2023 bulan depan. Kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, keperluan setiap lapisan masyarakat termasuk golongan M40 akan dipenuhi kerajaan.

Baca berita selanjutnya:

Bajet 2023: Tiada golongan dipinggirkan, kata Anwar

 

•  Eksport Malaysia ke Brunei meningkat lebih 33 peratus

Hubungan perdagangan membabitkan Brunei dan Malaysia terus kukuh berikutan peningkatan eksport yang dicatatkan sepanjang tahun lepas, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau yang juga Menteri Luar berkata, Malaysia merekodkan peningkatan jumlah eksport ke Brunei sebanyak 33.3 peratus iaitu sebanyak RM7.4 bilion sepanjang 2022.

Baca berita selanjutnya:

Eksport Malaysia ke Brunei meningkat lebih 33 peratus

 

•  Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei dibuka tahun ini – Abang Johari

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pembinaan pejabat berkenaan telah mendapat perkenan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Nurul Iman semalam (25 Jan).

Baca berita selanjutnya:

Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei dibuka tahun ini – Abang Johari

– TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.