Jenayah indeks di Kuching menurun pada 2022 berbanding tahun sebelumnya

Spread the love

KUCHING, 26 Jan: Jenayah indeks dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menurun sebanyak 102 kes atau 11 peratus pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata pada tahun 2022 sebanyak 831 kes dicatatkan berbanding 2021 iaitu 933 kes.

“Secara umum beberapa kategori jenayah indeks yang perlu kita banteras iaitu kes kecurian kenderaan, samun dan pecah rumah,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, di sini, hari ini.

Bagaimanapun tegas Ashmon, pihaknya amat memandang serius usaha untuk mengekang dan mengurangkan kadar jenayah bagi kes kecurian kenderaan.

“Saya harap kes ini dapat kita banteras kerana ia masih lagi tinggi.

“Walaupun lima sindiket berkenaan kes ini berjaya ditumpaskan sebelum ini, tetapi kita masih memerlukan kerjasama semua pihak terutama di kalangan masyarakat umum untuk menyalurkan maklumat kepada kita supaya kadar jenayah ini dapat dikurangkan,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.