TERKINI: Rumah Panjang Bujang, Kampung Medamit terbakar

Spread the love

LIMBANG, 25 Jan: Rumah Panjang Bujang, Rantau Kiran, Kampung Medamit di sini, terbakar awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.48 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Nanga Mendamit ke lokasi kejadian.

“Pihak Bomba mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran kerana tiada pili bomba di kawasan tersebut.

“Kebakaran telah memusnahkan 100 peratus rumah panjang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan pasukan pemadam menggunakan air daripada tangki simpanan rumah panjang.

Usaha kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan.

Berita lanjut menyusul. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.