Sultan Brunei terima menghadap Anwar dan delegasi Malaysia di Istana Nurul Iman

Spread the love

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei, di Istana Nurul Iman di sini.

Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di istana pada 11.05 pagi.

Perdana Menteri turut diiringi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika majlis menandatangani MoU MIDA dan Agensi Pelaburan Brunei. Foto: TVS.

Perdana Menteri dan Sultan Brunei turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

Perdana Menteri dan Sultan Brunei turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA). 

MoU itu ditandatangani Pemangku Pengarah Urusan, Agensi Pelaburan Brunei, Sofian Mohammad Jani dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Datuk Wira Arham Abdul Rahman.

Delegasi Malaysia kemudian diraikan pada Majlis Persantapan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Anwar bersama rombongan, berada di Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi dua hari bermula semalam. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.