Pusat Satelit Myfuturejobs di Pustaka Miri, platform cari pekerjaan

Spread the love

MIRI, 25 Jan: Warga Miri berpeluang mendapatkan perkhidmatan mencari pekerjaan di Pusat Satelit MYFutureJobs yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak Miri.

Program yang menjadi platform pusat sehenti itu menyediakan pelbagai sektor pekerjaan seperti profiling, kaunseling kerjaya dan aktiviti kebolehpekerjaan pasaran buruh tempatan itu dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Miri.

Persetujuan antara Pustaka Miri dan PEKESO telah dicapai menerusi perbincangan dua pihak berkenaan pada 13 Januari lalu bagi menjayakan program terbabit.

Justeru itu, rakyat tempatan yang sedang mencari pekerjaan dipelawa memanfaatkan kemudahan mengakses peluang kerja yang diiklankan dari seluruh negara menerusi Portal Pekerjaan Nasional MYFutureJobs.

Pusat Satelit MYFutureJobs merupakan inisiatif inovatif Kementerian Sumber Manusia menerusi PERKESO selaku penyedia perkhidmatan pekerjaan awam untuk membantu meningkatkan akses dan kebolehcapaian masyarakat khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar termasuk golongan orang kelainan upaya (OKU) menikmati peluang pekerjaan yang disenaraikan program berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi pihak PERKESO Miri, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Cornelius Darren Liban atau Pegawai Perhubungan Majikan Nur Fatinah Ibrahim di talian 085-419800.-TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.