Polis Indonesia rampas 149 kg syabu dipercayai diseludup dari Malaysia

Spread the love

JAKARTA, (INDONESIA) 25 Jan: Polis Indonesia menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat 149 kilogram (kg) di Acheh yang dipercayai didalangi sindiket dari Malaysia.

Ketua Bahagian Jenayah (Dadah) Polis Indonesia, Krisno Siregar berkata, penemuan syabu itu bermula apabila pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti penyeludupan di perairan Pidie, Acheh.

Serbuan yang dilakukan itu katanya berjaya menemui sebuah bot bersama lima suspek.

“Berdasarkan pengakuan salah seorang yang ditahan, mereka bekerjasama dengan seorang rakyat Malaysia untuk melakukan kegiatan itu,” katanya.

Sehubungan itu katanya Polis Indonesia akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan.

Katanya, bantuan PDRM diperlukan untuk mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai masih berada di Malaysia. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.