Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei dibuka tahun ini – Abang Johari

Spread the love

MIRI, 25 Jan: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Bandar Seri Begawan, Brunei akan dibuka pada tahun ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, pembinaan pejabat berkenaan telah mendapat perkenan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini ketika menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Nurul Iman pagi tadi.

“Susulan itu kita akan mengenal pasti kawasan di Bandar Seri Begawan untuk mendirikan pejabat ini.

“Kita akan tambah baik kerjasama dengan Brunei serta kita akan memasarkan produk Sarawak ke pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Terdahulu pada Selasa Abang Johari berkata, beberapa perkara telah diperhalusi menjelang pertemuan di Istana Nurul Iman.

Usul dan cadangan Sarawak kemudian telah diutarakan oleh Perdana Menteri dalam pertemuan empat mata bersama Sultan Hassanal Bolkiah pagi tadi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.