Kekurangan pembekal punca harga barangan meningkat?

Spread the love

KUCHING, 25 Jan: Para peniaga di sekitar bandar raya ini mendakwa mereka terpaksa menjual barangan dengan yang tinggi kerana kos operasi meningkat selain berdepan masalah kekurangan pembekal.

Penyelia kedai runcit, Rika Geffery berkata, majoriti barangan mengalami kenaikan harga terutamanya barangan import seperti makanan tin.

“Harga yang diperolehi daripada pembekal tidak menentu, kadang kala turun dan sebaliknya.

“Selain itu, makanan seperti mi dan bihun memang diperolehi dengan harga yang agak tinggi daripada pembekal berbanding barangan tempatan,” katanya kepada TVS hari ini.

Isu kenaikan harga barangan terus diperdebatkan apabila Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, harga barangan melibatkan bahan mentah mengalami penurunan, namun respons sebaliknya diberikan oleh peniaga.

Sementara itu, peniaga bahan mentah, Dewi Jangkani Abu memberitahu, masalah kekurangan pembekal menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan.

“Ini menyebabkan pembekal yang masih ada menjual barangan dengan harga yang mahal.

“Dahulu terdapat sebanyak tujuh hingga lapan pembekal namun sekarang hanya tinggal sekitar tiga dan empat pembekal sahaja,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga bahan mentah yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Ki berkata, pelbagai isu berkaitan barangan dan harga terpaksa ditanggung.

‘Selain harga yang meningkat, saya turut mengalami kesukaran untuk mendapatkan stok gula sejak kebelakangan ini.

“Biasanya, saya mendapatkan bahan mentah daripada pembekal dengan menempah lebih awal dan menjual mengikut harga pasaran,”katanya.

Berkenaan kekurangan stok gula, Ah Ki memberitahu, berdasarkan maklumat diterima, perkara itu juga berlaku di tempat lain.

“Masalah ini berlaku kerana pembekal beritahu bahawa kontena belum sampai sebelum Tahun Baharu Cina sehingga sekarang,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.