Berjiwa rakyat, Toh Puan Raghad santuni asnaf di Sibu

Spread the love

SIBU, 25 Jan: Terkenal dengan peribadinya yang berjiwa rakyat, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyantuni rakyat di sini pada Majlis Jalinan Kasih Tahun Baharu Cina 2023 hari ini.

Majlis di Dewan Persatuan Foochow Sibu di Jalan Salim itu menyaksikan beliau menyerahkan sumbangan berupa makanan dan keperluan asas kepada 50 penerima yang terdiri daripada warga emas yang tinggal bersendirian, warga emas bujang yang bekerja sendiri dan ibu tunggal.

Menurut laporan Jabatan Penerangan Sarawak, penerima sumbangan itu merupakan golongan asnaf terpilih serta mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Sibu.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee.

Majlis Jalinan Kasih merupakan program yang diasaskan oleh Toh Puan Datuk Patinggi Raghad sendiri sebagai inisiatif untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik serta memberi peluang golongan ini menikmati kemeriahan perayaan seperti orang lain. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.