Premier Sarawak antara ahli rombongan Perdana Menteri ke Brunei

Spread the love

KUCHING, 24 Jan: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Brunei Darussalam kira-kira pada jam 12.00 tengah hari ini bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi pertama ke negara itu.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak, sejurus tiba di Bandar Seri Begawan, Abang Johari menghadiri Mesyuarat Pra Majlis yang berlangsung kira-kira dua jam, dipengerusikan oleh Anwar di sebuah hotel di Bandar Seri Begawan.

Mesyuarat telah memperhalusi perkara-perkara kerjasama dua hala yang akan dibawa untuk perbincangan ketika menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman pada Rabu.

Turut mengiringi Abang Johari ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Abu Bakar Marzuki serta beberapa kenamaan lain.

Malam ini, Abang Johari bersama Anwar akan menghadiri majlis jamuan makan malam bersama Diaspora Malaysia anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Brunei. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.