Anak paus terdampar di pantai Kuala Baram, diselamatkan

Spread the love

MIRI, 24 Jan: Penduduk di sini dikejutkan dengan penemuan seekor anak ikan paus yang terdampar di pantai Kampung Nelayan Batu 4, Kuala Baram tengah hari tadi.

Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak menemui seekor anak ikan paus yang berukuran sepanjang empat meter itu terdampar di tepi pantai.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong telah diarahkan ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan PGO.

Dengan bantuan penduduk kampung, operasi menyelamat untuk menolak mamalia itu ke kawasan laut yang lebih dalam berjaya dilakukan.

“Operasi ini bagi memudahkannya kembali berenang ke laut,” ujarnya.

DIfahamkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi menyelamat anak ikan paus terbabit. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.