4 maut dalam kejadian tembakan di California Utara, suspek sudah ditahan

Spread the love

WASHINGTON, 24 Jan: Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan berasingan yang berlaku di California Utara berhampiran bandar San Francisco, lapor Sputnik memetik NBC pada Isnin.

Tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi di Half Moon Bay, California Utara manakala mangsa keempat ditemukan mati di lokasi lain yang berdekatan.

Pejabat Syerif Daerah San Mateo kemudian mengumumkan di Twitter bahawa suspek telah ditahan.

Insiden itu berlaku selepas kejadian tembakan di sebuah kelab tarian di bandar Monterey Park, California, dekat Los Angeles pada Sabtu yang meragut 11 nyawa. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.