Lebih 17 ribu penduduk Aceh utara dipindahkan ekoran banjir

Spread the love

JAKARTA, 23 Jan: Beberapa kawasan di wilayah utara Aceh termasuk Aceh Timur, Pidie, Pidie Jaya dan Bireuen dilanda banjir akibat hujan lebat sejak Jumaat lepas.

Jurucakap Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) Indonesia Abdul Muhari berkata banjir berkenaan menyebabkan 4,364 rumah ditenggelami air satu hingga dua meter.

Usaha memindahkan 17,628 penduduk terjejas masih dijalankan hari ini.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) juga telah mengeluarkan amaran awal mengenai kemungkinan hujan lebat turun di beberapa bahagian Provinsi Aceh. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.