Ular sawa ‘berehat’ berhampiran dapur rumah ditangkap

Spread the love

LIMBANG, 22 Jan: Penghuni di sebuah rumah di Kampung Patiambun, di sini terkejut dengan ‘kehadiran’ seekor ular sawa sepanjang hampir empat meter yang melingkar di bahagian luar dapur rumahnya malam semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang, Sarawak, Ramlan Marajan berkata, kejadian disedari tuan rumah itu kira – kira pukul  9 malam.

Katanya, sepasukan anggota kemudian dihantar ke lokasi kejadian yang terletak kira – kira tujuh kilometer (km) dari balai bomba selepas menerima panggilan kecemasan.

“Ketika kejadian, penghuni rumah itu mahu ke dapur dan dia terperanjat apabila melihat kemunculan reptilia berkenaan.

“Pasukan bomba berjaya menangkap ular itu dengan menggunakan alat penjerut dan seterusnya melepaskan ke habitat asal yang jauh dari kediaman penduduk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Operasi menangkap ular itu tamat pada pukul 9.56 malam. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.