TVS saji ‘buffet’ program menarik bersempena Tahun Baharu Cina

Spread the love

KUCHING, 21 Jan: Bersempena meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, esok, TVS bakal menyajikan pelbagai program baharu dan menarik untuk para penonton.

Bermula Sabtu hingga Isnin ini, kaca televisyen para penonton akan diwarnai dengan ‘buffet’ rancangan menarik termasuklah program terbitan tempatan seperti Red Cabinet, Tracing Tradition, TVS Live dan Caibalek.

Selain itu, penonton dapat mengimbas kembali memori lama bersama ‘The Journey’, sebuah filem drama komedi dibintangi oleh Ben Andrew Pfeiffer, Lee Sai Peng dan Joanne Yew Hong Im.

Ketahui lebih lanjut tentang program-program ini!

The Journey (Telemovie) 

The Journey (Telemovie) 

Tarikh: 22 Januari 2023 (Ahad), 9.45 malam

Uncle Chuan merupakan seorang ayah yang konservatif dan tegas. Bee, anak perempuannya kini pulang  setelah beberapa tahun menetap di England bersama Benji. Namun, Uncle Chuan tidak merestui perkahwinan mereka kecuali — jika perkahwinan mereka diadakan secara tradisional. Mampukah cinta antara  Bee dan Benji mengatasi perbezaan itu?

Red Cabinet (Telemovie) 

Tarikh: 21 Januari 2023 (Sabtu), 9.15 malam

Ah Haw merupakan pemilik sebuah rumah sewa. Untuk menghalau penyewanya, Ah Haw telah mereka sebuah kepercayaan karut bahawa kabinet merah di rumah itu tidak boleh diganggu. Untuk menjadikan karutnya berjaya, Ah Haw malah berlakon sebagai hantu dan menyorokkan dirinya dalam kabinet merah tersebut. Mampukah dia berjaya? Atau hanya menghasilkan insiden buruk?

Tracing Tradition – A Lunar New Year  

Tarikh: 22 & 23  Januari 2023, 6.15 malam

Program ini bakal membawa penonton pada zaman 1250 sebelum masihi untuk  mengalami adat dan tradisi yang berubah selama dua milenia. Program bersiri 6 episod ini juga akan menunjukkan kepentingan upacara suci yang berkaitan dengan Tahun Baru Cina.

Caibalek (Telemovie)

Tarikh: 23 January 2023 (Ahad), 9:30pm

Syarikat milik Lee Zhao Cai telah dilanda muflis disebabkan oleh pandemik. Seminggu sebelum Tahun Baru Cina, Cai dan keluarganya terpaksa berpindah ke sebuah rumah lama di pinggir bandar. Pelbagai benda aneh berlaku sejak mereka pindah ke rumah tersebut. Apakah yang telah terjadi?

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program-program ini hanya di TVS Saluran 122 Astro & MyTV! – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.