Lebih RM100,000 laksana projek baharu di DUN Meradong

Spread the love

BINTANGOR, 21 Jan: Kerajaan Sarawak memperuntukkan geran lebih RM100,000 untuk melaksanakan projek prasarana baharu di kawasan Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata projek berkenaan merangkumi kerja menaik taraf jalan kebun dan jalan sungai di Rumah Mary Jawin yang bernilai RM50,000.

Menurutnya, projek terbabit bakal dilaksanakan menerusi geran Transformasi Luar Bandar (RTP) juga memperuntukkan sebanyak RM90,000 bagi menaik taraf perpustakaan sekolah SMK Tong Hua.

Dalam pada itu, ujarnya, beliau juga sedang mengkaji keperluan bagi meningkatkan kemudahan untuk pelajar asrama SMK Bandar Bintangor.

Hasrat tersebut tegasnya bertujuan untuk meningkatkan keselesaan pelajar lelaki dan perempuan yang mendiami asrama sekolah terbabit.

“Pelbagai usaha berkaitan juga perlu dilakukan untuk memastikan warga sekolah berkenaan menikmati suasana pembelajaran yang lebih selesa,” katanya kepada TVS pada Jumaat.

Beliau juga menambah kesemua projek yang sedang dilaksanakan di Meradong berjalan lancar dan dijangka memberi impak besar kepada rakyat di kawasan tersebut. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.