Abdul Karim harap empat atlet Sarawak julang ASN 2021

Spread the love

KUCHING, 21 Jan: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap atlet Sarawak berjaya menjulang Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 yang akan diadakan pada 31 Januari ini.

Namun begitu beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam menentukan pemenang anugerah berprestij berkenaan.

“Harapan kita mana-mana atlet Sarawak yang dicalonkan akan berjaya tetapi saya tidak mahu mempengaruhi jawatankuasa yang akan menentukan (pemenang)”.

“Sudah tentu penganugerahan itu mempunyai jawatankuasa tertentu untuk memilih siapa yang layak oleh itu kita serah kepada jawatankuasa tersebut menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai empat atlet Sarawak yang disenarai pendek sebagai calon pemenang ASN 2021 pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini pada Jumaat malam.

Terdahulu MSN dalam kenyataannya memaklumkan empat atlet antarabangsa dari Sarawak telah disenarai pendek bagi menjulang gelaran Olahrawagan dan Olahragawati Kebangsaan ASN 2021.

Antaranya, Datuk Pandalela Rinong, Buda Anchah, Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie.

Difahamkan Jawatankuasa Pemilihan MSN telah menerima menerima sebanyak 49 pencalonan untuk 11 kategori.

Pencalonan tersebut diterima daripada Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Bahagian Atlet dan Paralimpik MSN serta Urusetia ASN 2021.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.