Abang Bomba selamatkan si bulus

Spread the love

LIMBANG, 20 Jan: Gara-gara terperangkap setelah terjatuh di atas bumbung setinggi 15 kaki di sebuah bangunan pagi ini, sepasukan anggota Bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seekor kucing di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.37 pagi itu disedari pekerja di bangunan berhampiran yang kemudiannya bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bagi melakukan kerja menyelamat khas berkenaan.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan berkata apabila tiba di lokasi pihaknya mendapati kucing jantan itu terperangkap di papan tanda Pejabat Amanah Saham Berhad (ASB) Limbang setelah terjatuh dari tingkat atas pejabat berkenaan yang merupakan premis Kelab Penyelamat Kucing Limbang.

“Kita menghantar dua kenderaan Bomba bersama sepasukan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Ismail Assan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat”.

“Pasukan bomba bertindak menurunkan kucing tersebut dengan selamat serta menyerahkan si comel itu kembali kepada wakil Kelab Penyelamat Kucing Limbang,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Turut dilaporkan ‘si bulus’ itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan khidmat menyelamat selesai sekitar jam 10.48 pagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.