Treler filem ‘Pulau’ tidak sesuai ditayangkan – Fahmi

Spread the love

PETALING JAYA, 18 Jan: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berpandangan treler filem bergenre seram, ‘Pulau’ tidak sesuai untuk ditayangkan.

Fahmi berkata bagaimanapun beliau tidak boleh bercakap bagi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.

“Saya tak boleh bercakap bagi pihak LPF dan saya juga difahamkan pihak FINAS telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini, tetapi dia bukan pada aspek penapisan. Apa-apa prosedur yang dipantau oleh FINAS itu adalah berlandaskan kepada SOP (prosedur operasi standard) perhubungan antara LPF dengan FINAS.

“Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya ketika hadir pada tayangan eksklusif filem Duan Nago Bogho di sini, malam ini.

Beliau diminta mengulas sama ada LPF atau FINAS akan mempertimbangkan semula tayangan filem itu di pawagam. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.