Laporan penuh tragedi tanah runtuh Batang Kali dijangka siap hujung Januari

Spread the love

PUTRAJAYA, 19 Jan: Laporan penuh tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada Disember lepas dijangka siap hujung bulan ini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata beberapa isu telah dibangkitkan berhubung insiden tersebut selepas laporan awal dibentangkan di Kabinet awal bulan ini, selain perlu memasukkan laporan pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan polis.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Tragedi Batang Kali: Ibu hampir rebah, hilang empat ahli keluarga
  2. 2. Tanah runtuh terburuk tahun ini di tapak perkhemahan di Batang Kali
  3. 3. Tanah runtuh di Batang Kali kejadian kedua terbesar selepas Highland Towers pada 1993

“Laporan penuh insiden berkenaan akan dibentangkan ke Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan tahun baharu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) di Wisma Sumber Asli sini hari ini.

Seramai 31 orang terkorban manakala 61 lagi terselamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat dalam kejadian pada 16 Dis lepas. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.