Pasar Kenyalang dibanjiri orang awam menjelang Tahun Baharu Cina

Spread the love

KUCHING, 18 Jan: Tinggal beberapa hari saja lagi masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina. Bahang perayaan itu makin dirasai apabila masyarakat Cina mula sibuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan tahun Arnab itu.

Antara tempat yang menjadi tumpuan bagi masyarakat membeli keperluan ialah di Pasar Kenyalang. Melalui kunjungan ke sini orang ramai khususnya masyarakat Cina  boleh membeli pelbagai dekorasi, biskut dan banyak lagi yang dijual peniaga.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakam jurukamera TVS, Zaim Zharfan petang semalam.

Tinjauan TVS mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Pasar Kenyalang untuk mendapatkan barangan keperluan menyambut Tahun Baharu Cina.

Antara yang menarik perhatian adalah karpet hiasan yang bertemakan kalendar lunar tahun 2023 iaitu Arnab.

Pengunjung yang datang membeli kuih-muih dan biskut bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Orang ramai juga boleh menyaksikan demontrasi cara-cara membuat biskut  jika berkunjung di Pasar Kenyalang.

Gerai jualan dekorasi yang turut mendapat sambutan daripada orang ramai di Pasar Kenyalang

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.