OKU bakal nikmati pengangkutan awam percuma – Nancy

Spread the love

PUTRAJAYA, 18 Jan: Orang kurang upaya (OKU) bakal menikmati perkhidmatan pengangkutan awam secara percuma, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, namun mekanisme perlaksanaan pemberian tambang percuma untuk golongan itu perlu diteliti.

Menurutnya ketika ini OKU diberi diskaun 50 peratus bagi tambang pengangkutan awam, tetapi tidak ramai daripada golongan itu yang menikmati manfaat tersebut.

“Saya telah bercakap dengan Yang Berhormat Menteri (Loke) berhubung perkara itu dan secara prinsip beliau telah bersetuju dengan cadangan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi dialog awam Perkhidmatan Kanak-Kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini hari ini.

Nancy berkata tarikh pelaksanaan tambang percuma tersebut bergantung kepada pihak Kementerian Pengangkutan.

Nancy menerusi ciapan di Twitter beliau memaklumkan telah berbincang dengan Loke semasa mesyuarat Kabinet hari ini mengenai kemudahan tambang percuma kepada OKU yang menggunakan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan bas henti-henti. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.