Kek lapis Sarawak turut dihidangkan pada Tahun Baharu Cina

Spread the love

KUCHING, 18 Jan: Kek lapis Sarawak turut menjadi hidangan pada perayaan Tahun Baharu Cina selain mewarnai Hari Raya Aidilfitri.

Rata-rata pengusaha kek lapis di Sarawak mengatakan sajian tradisi berkenaan turut diminati oleh masyarakat pelbagai bangsa dan agama termasuk kaum Cina turut membeli sebagai hidangan pemanis mulut semasa perayaan mereka.

Penyelia Kek Lapis Mira, Roziah Rozie berkata ramai pelanggan daripada kalangan masyarakat Cina telah mula datang membeli kek lapis sejak dua minggu lepas.

“Alhamdulillah ramai masyarakat berbangsa Cina datang membeli kek lapis ke kedai kami. Masyarakat yang berbangsa lain juga ada seperti masyarakat berbangsa Iban yang datang membeli kek lapis untuk diberikan kepada sahabat atau saudara yang menyambut Tahun Baru Cina,” katanya.

Pendapat serupa diluahkan oleh penyelia kek lapis Dayang Salhah, Suraya Ali  sambil mendedahkan selain membeli secara terus di kedai, pembeli dalam kalangan masyarakat Cina juga turut membuat tempahan sebagai persiapan awal sambutan perayaan itu.

“Kedai kek lapis kami menerima sambutan yang baik daripada masyarakat Cina dan kebiasaannya pelanggan akan membuat tempahan awal kepada kami serta akan menetapkan tarikh tertentu untuk mengambilnya,” katanya.

Selain itu, Suraya memberitahu kek lapis bukan sahaja dihidangkan semasa perayaan, malah turut dijadikan sebagai buah tangan untuk diberikan kepada saudara-mara.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.