Kemeriahan menjelang Tahun Baharu Cina di Kuching

Spread the love

KUCHING, 17 Jan:  Berbaki seminggu sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, orang ramai mulai sibuk melakukan persiapan untuk menyambut kedatangan Tahun Arnab dalam kalendar Lunar.

Di pusat bandar, beberapa gedung perniagaan turut menyuntik mood kemeriahan perayaan itu apabila masing – masing ‘memerahkan’ premis mereka dengan dekorasi menarik.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakam oleh jurukamera TVS, Awang Azmil petang semalam.

Kelihatan pekerja di sebuah pusat beli belah Plaza Merdeka membuat persiapan mengantung tanglung di luar pusat beli belah itu.

 

Tinjauan TVS mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merakam momen istimewa di samping ada yang turut membeli belah di Spring Mall sebagai persiapan perayaan berkenaan.

 

Mercu tanda Kucing di China Street, Padungan turut dihiasi dekorasi menarik menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

 

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan hiasan Tahun Baharu Cina di pusat beli belah The Spring Mall.

 

Pusat beli belah juga dihiasi dengan pelbagai hiasan tanglung di pusat beli belah Plaza Merdeka.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.