Disangka ular sawa, rupanya tenggiling

Spread the love

LAWAS, 17 Jan: Anggota Bomba bertugas yang menerima panggilan khidmat menangkap ular sawa terkejut apabila mendapati reptilia berkenaan rupanya seekor tenggiling seberat 10 kilogram yang memasuki rumah penduduk di sini, semalam.

Tenggiling yang berjaya ditangkap anggota Bomba. Foto: BBP Lawas
Tenggiling yang berjaya ditangkap anggota Bomba. Foto: BBP Lawas

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu sekitar jam 12.14 tengah hari mengenai kehadiran ‘ular sawa’ berkenaan di dalam rumah pengadu.

“Setibanya pasukan Bomba di tempat kejadian didapati seekor tenggiling telah masuk ke dalam rumah penggadu.

“Pasukan Bomba bertindak mencari dan menangkap tenggiling tersebut menggunakan penjerut sehingga berjaya ditangkap dan seterusnya dilepaskan ke habitat asal,” katanya kepada TVS hari ini.

Jentera dan anggota bertolak balik ke balai setelah keadaan didapati selamat pada jam 12.25 tengah hari. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.