Bagasi berisi bahagian badan manusia ditemukan di tepi lebuh raya PLUS

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Sebuah bagasi hitam yang mengandungi beberapa bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan di sini, pagi tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata beg berkenaan ditemukan orang awam pada kira-kira 11.30 pagi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemukan beberapa bahagian badan (bahu ke pinggang) yang dikerat tanpa bahagian kepala dan kedua-dua tangan dalam bagasi itu.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti dan anggota badan berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata setakat ini polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.