DSP antara tiga ditahan SPRM Sarawak berkaitan invois palsu

Spread the love

KUCHING, 16 Jan: Dua pegawai polis termasuk seorang Deputi Superintendan (DSP) merupakan antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dan menggunakan invois yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM19,980.00.

Menurut SPRM Sarawak, dua lagi yang turut ditahan ialah seorang Inspektor dan pengurus syarikat.

“Maklumat diterima mengatakan pada 2019, pengurus syarikat telah bersubahat dengan dua pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau dengan mengemukakan dan menggunakan dokumen invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM19,980.00 melibatkan kerja-kerja perkhidmatan dan pembaikan bangunan di pejabat berkenaan walhal kerja-kerja itu tidak dilaksanakan,” jelas SPRM menerusi kenyataan media hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kenyataan itu turut memaklumkan pengurus syarikat akan direman di Mahkamah Sibu pada pukul 9 pagi esok manakala dua pegawai polis berkenaan akan direman di Mahkamah Kuching. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.