Restoran Kapitan saji masakan Baba dan Nyonya pertama di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 14 Jan: Sajian berkonsepkan Baba dan Nyonya, membuka lembaran baharu membawa rasa masam dan aromatik masakan Baba dan Nyonya ke Sarawak.

Menurut Pengarah Urusan Kapitan F&B Sdn Bhd, Kho Lian Shen, mereka juga meraikan cita rasa budaya makanan pelbagai etnik dengan memasukkan rasa unik budaya kepelbagaian etnik Sarawak ke dalam menu.

“Saya fikir kita sepatutnya menyediakan makanan yang terbaik. Kami juga harus menyediakan jenis persekitaran, dan jenis budaya yang boleh kami sediakan dan itulah sebabnya anda berada di sini hari ini supaya anda boleh merasai budaya, dan makanan yang kami ingin berikan,” katanya pada Majlis Pembukaan Besar-Besaran Restoran Kapitan di The Emporium Complex di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Restoran Kapitan Kuching memperkenalkan rasa Baba dan Nyonya dalam kalangan rakyat Sarawak untuk meraikan lagi cita rasa makanan berbilang etnik di Sarawak.

“Buat masa ini, kami memberi tumpuan untuk membawa dan memperkenalkan cita rasa Baba dan Nyonya Sarawak sendiri kepada pengguna.

“Selain itu, kami juga percaya dengan pembukaan Restoran Kapitan ini akan dapat mengukuhkan lagi serta membawa impak positif kepada industri makanan dan pelancongan di Sarawak,” ujarnya.

Untuk rekod, Restoran Kapitan telah dibuka pada September 2022 dan telah menerima respons positif daripada pelanggan tanpa mengira latar belakang, etnik, dan kepercayaan agama.

Untuk pertanyaan atau tempahan, anda boleh menghubungi talian utama Kapitan di +6011-16084775 atau menghubungi mereka di [email protected] selain akaun media sosial utama mereka di Facebook, Kapitan, dan di Instagram, @kapitankuching2022. – TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.