Aplikasi ‘Property Axis’ mampu capai matlamat visi Sarawak 2030

Spread the love

KUCHING, 14 Jan: Sarawak kini memiliki aplikasi pasaran hartanah pertama iaitu ‘Property Axis’ yang merupakan aplikasi yang menawarkan pengesyoran hartanah berdasarkan analitik data besar daripada data sumber dan terbuka.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, aplikasi tersebut turut membantu Sarawak untuk mencapai visi menjelang 2030 menerusi sektor ekonomi digital.

“Saya merasakan penghasilan aplikasi ini menunjukkan bahawa peranan pendigitalan amat penting sekali. Peranan pencipta yang boleh mencipta aplikasi seperti yang dilakukan oleh Karuna Sarawak bersama dengan sains tempatan kita sendiri merupakan satu langkah yang tepat.

“Saya berharap ciptaan ini bukan sahaja membantu pembangunan hartanah. Pada masa hadapan, saya percaya usaha ini akan dapat membantu untuk menghasilkan lebih banyak aplikasi lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar dapat membangunkan wilayah kita,” katanya ketika berucap  di Majlis Pelancaran Aplikasi Pasaran Hartanah Pertama di Sarawak, Property Axis hari ini.

Property Axis telah dicipta oleh sebuah syarikat teknologi digital iaitu Karuna Sarawak yang telah menggabungkan beberapa nilai Karuna yang membawa reka bentuk terbaik dengan inovasi teknologi yang membolehkan pengalaman mesra pengguna. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.