Sarawak dijangka hasilkan makanan haiwan ternakan berasaskan kelapa sawit

Spread the love

KUCHING, 12 Jan: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak sedang giat melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan pengeluaran bekalan makanan terutamanya ayam dan daging.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kementeriannya kini sedang mengenal pasti kaedah memperkasa makanan untuk haiwan ternakan.

“Saya telah bincang dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai idea untuk memproses makanan ternakan haiwan berasaskan kelapa sawit.

“(Jika idea ini berjaya direalisasikan) kita akan mengurangkan import dan seterusnya menyebabkan harga ayam tidak terlalu mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir pada Majlis Amanat Yang Amat Berhormat Premier Sarawak 2023.

Terdahulu, Abang Johari sewaktu berucap menyuarakan keyakinan beliau bahawa Sarawak mampu untuk menghasilkan sendiri makanan bagi haiwan ternakan berbanding hanya bergantung kepada yang diimport.

Asas kepada perkara itu kata Abang Johari ialah kerana negeri ini mempunyai sumber biomas yang boleh dijadikan baja. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.