Perkhidmatan Awam Sarawak tumpu usaha tingkat keupayaan

Spread the love

KUCHING, 12 Jan: Perkhidmatan awam di Sarawak akan menumpukan usaha untuk meningkatkan keupayaan sebagai langkah menambah baik perkhidmatan pada tahun ini, kata Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri pada masa sama turut memberi jaminan akan memastikan perkhidmatan awam Sarawak mempunyai tenaga kerja mahir yang kukuh dan sentiasa inovatif.

“Ini akan membolehkan penjawat awam mampu beroperasi dalam persekitaran yang mencabar dan kompleks.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada peningkatan kemahiran penjawat awam secara berkala dan memudahkan budaya pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Yang Amat Berhormat Premier Sarawak 2023.

Selain Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, majlis itu turut dihadiri isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Menurut Mohamad Abu Bakar, pembelajaran juga merupakan bahagian penting dalam perkhidmatan awam untuk meningkatkan keupayaan.

“Penjawat awam juga akan memberi sepenuh tenaga dan usaha untuk mencapai Wawasan Sarawak,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.