Penyanyi Aiman Tino muncul lebih agresif tahun ini

Spread the love

KUCHING, 11 Jan: Setelah menyepi dalam bidang hiburan tanah air, penyanyi Aiman Tino akan membuat kemunculan lebih agresif pada tahun ini.

Aiman Tino berkata, perancangan terkininya mengeluarkan lagu baharunya serta supertele pada bulan Februari nanti.

“Untuk industri muzik pada tahun ini, saya akan lebih agresif dengan mengeluarkan lagu baharu, Insya Allah, pada bulan Februari nanti bersama-sama dengan supertele yang akan ditayangkan di televisyen pada bulan Februari ini juga.

“Saya sebenarnya kalau boleh nak seimbangkan muzik dan lakonan dan juga apa yang saya minat seperti hobi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui TVS pada bual bicara esklusif ringkas di sini.

Pada masa yang sama, Aiman yang juga pernah tampil dalam program #GengSungke pada bulan Ramadan tahun lepas mahu meneruskan kolaborasi bersama TVS.

“Selepas sahaja program #GengSungke, saya rasa ingin membuat sesuatu untuk TVS berkemungkinan program saya sendiri ataupun saya sendiri menjadi hos.

“Namun, sehingga sekarang masih lagi dalam perancangan kerana saya masih mempunyai urusan saya sendiri dan kalau ada rezeki saya, saya boleh buat program bersama TVS,” katanya lagi.

Ditanya mengenai lagu baharunya, Aiman mendedahkan akan mengeluarkan lagu baharunya pada bulan Februari ini bertajuk “Irama Kita”  yang berkonsepkan pop dan balada. – TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.