Pelaksanaan projek ART di Bintulu bermula 2025

Spread the love

TATAU, 11 Jan: Pelaksanaan projek Transit Aliran Autonomi (ART) di Bintulu dijangka bermula pada 2025 selepas kajian kebolehlaksanaan projek itu dijalankan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sistem pengangkutan awam itu akan menghubungkan bandar Bintulu dengan Tanjung Kidurong dan juga Samalaju.

Menurutnya, projek itu mungkin lebih mudah dilaksanakan berikutan ia telah dilakukan terlebih dahulu di Kuching.

Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu, kawasan Lapangan Terbang Bintulu akan turut dihubungkan dengan ART sebaik jambatan Kemena siap kelak.

“Jambatan Kemena akan siap pada 2024 atau 2025 yang mana ia akan memendekkan masa perjalanan dari Lapangan Terbang Bintulu ke pusat bandar kepada 10 minit.

“Seterusnya kita hubungkan ia dengan ART sampai ke kawasan Samalaju dan Kidurong,” ujarnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.