Ibu Menteri Besar Perak meninggal dunia

Spread the love

IPOH, 11 Jan: Ibu Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Aminah Mohd Yusuf, meninggal dunia 11.15 malam tadi pada usia 79 tahun akibat sakit tua.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir, di sini.

“Jenazah akan dimandi dan dikafankan di kediaman Menteri Besar Perak, pagi ini. Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Kampung Raban, Lenggong untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut, kira-kira jam 11 pagi,” menurut kenyataan itu.

Allahyarham meninggalkan sembilan orang anak termasuk Saarani yang merupakan anak sulung. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.