Enam warga Indonesia saksi kes bunuh dicari Polis Betong

Spread the love

KUCHING, 11 Jan: Polis Betong sedang mengesan enam warga Indonesia untuk menjadi saksi perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Kuching pada bulan depan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Zamry Alli berkata, mereka terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita.

“Wanita itu dikenali sebagai Meamunah yang berusia 49 tahun manakala lima lelaki itu ialah Ardiansyah,36, Dedi Kuswoyo, 32, Rusdin, 42, Nurdin, 20 dan Yeskial Suan berusia 49 tahun,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zamry berkata, perbicaraan itu akan berlangsung pada 1 hingga 3 Februari depan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan (ASP) Junical Ujal di talian 013-882 3015,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.