Dua lelaki disyaki seleweng 27 ribu liter diesel ditahan di Sibu

Spread the love

SIBU, 11 Jan: Dua lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi di dua lokasi berasingan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kedua – dua suspek yang masing – masing berusia 25 dan 34 tahun ditahan oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM).

Katanya, mereka diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sibu untuk siasatan lanjut.

“Penahanan kedua – dua suspek dilakukan menerusi Op Kontraban yang membabitkan rampasan keseluruhan lebih RM231,000,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam operasi berkenaan katanya, polis telah menahan sebuah kenderaan jenis Pajero di tepi Jalan Sanyan sebelum menyerbu sebuah gudang tidak bernombor di tepi Jalan Trusan, Rantau Panjang pada pukul 2.14 petang hingga 3.45 petang.

Katanya, polis turut merampas sebuah lori tangki dan sebuah tangki yang berisi minyak diesel bernilai 27,000 liter.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,”tambahnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.