Mayat lelaki warga Indonesia lemas ditemui terapung

Spread the love

BELAGA, 10 Jan: Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan lemas ditemukan terapung di kawasan air terjun Murum, berhampiran kilang Menawan Wood di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata mangsa dikenali sebagai Basrol berusia 22 tahun, ditemukan pada jam 12.20 tengah hari.

“Mayat mangsa timbul di permukaan air tepat di bawah air terjun itu tengahari tadi,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan empat selaman di kawasan air terjun hari ini, namun tiada sebarang petunjuk mangsa ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Dengan penemuan mayat itu, operasi pencarian hari ketiga ditamatkan pada jam 2.00 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Rohana Nanu ketika dihubungi mengesahkan mayat tersebut adalah lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.