Beberapa jalan di Miri ditutup sempena Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak

Spread the love

MIRI, 10 Jan: Sempena Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak, satu perarakan akan diadakan di sini pada 13 Januari bermula jam 7:30 pagi sehingga 9:30 pagi.

Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Chabu berkata, beberapa jalan akan ditutup atau dilencongkan buat sementara semasa perarakan ini berlangsung bermula dari Hotel Pullman dan tamat di Kompleks Mahkamah Miri.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Bulatan Pullman menghala ke pusat bandar, lampu isyarat Ambank ke Jalan Marina Utama, Lampu Isyarat Maybank (Mega Hotel) ke Jalan Royal, laluan keluar Jalan Sim Cheng Kay dan simpang Jalan Masjid akan ditutup lencongan Jalan South Yu Seng keluar ke Jalan Maju,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Selain itu, laluan keluar Jalan Maju dan lampu isyarat Jalan Sylvia- Jalan Rice Mill ditutup, Jalan Sylvia – Jalan Merdu dari Bulatan Kipas dilencongkan ke Jalan Persekutuan dan laluan dari Jalan Bintang menghala ke Jalan Merdu dilencongkan ke Jalan Sim Song Chai.

“Jalan-jalan yang ditutup akan dibuka semula sebaik sahaja peserta perarakan melepasi jalan tersebut dan PDRM juga berharap semua pihak dapat memberi kerjasama serta mematuhi arahan petugas PDRM bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar,” tambahnya.

Orang awam khususnya warga Miri dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sepanjang penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.