800 pesilat dari 16 negara bakal beraksi pada Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak

Spread the love

KUCHING, 9 Jan: Seramai 800 pesilat dari 16 negara bakal beraksi pada Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Kuching pada 27 Feb hingga 5 Mac depan. 

Timbalan Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS) Datuk Mohamad Yusnar Matalie berkata kejohanan berkenaan merupakan penanda aras dan perintis untuk RSS menganjurkan kejohanan siri silat Sarawak pada masa akan datang.

Katanya RSS komited memastikan perjalanan pertandingan terbabit dijayakan dengan cemerlang.

“Kami tidak mahu menjadikan kejohanan ini sebagai ‘one-off’ sahaja, sebaliknya berhasrat mencipta sejarah kerana Malaysia belum pernah menganjurkan kejohanan seperti itu.

“Saya berharap para pesilat dapat mempamerkan aksi berkelas dunia serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi seiring dengan nilai yang dimiliki oleh seorang pesilat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD20,000 (RM87,510) bagi juara keseluruhan selain tali pinggang kejuaraan diperkenalkan buat pertama kali bagi juara keseluruhan.

Menurutnya lagi, antara negara yang sudah bersedia untuk menghantar pasukan ialah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Uzbezkistan, Filipina, Kyrgyzstan, India, Afrika Selatan, Thailand dan Vietnam.

Pasukan-pasukan mewakili negeri pula terdiri daripada Sarawak, Terengganu, Pahang, Melaka dan Sabah. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.