TPM raikan majlis kesyukuran perkahwinan Wan Junaidi di Kuching

Spread the love

KUCHING, 8 Jan: Majlis kesyukuran perkahwinan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi berlangsung di Kuching, malam ini.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Bagai pinang dibelah dua, Wan Junaidi akhiri zaman duda

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir merupakan antara tetamu kenamaan yang menyerikan majlis resepsi kedua pasangan mempelai itu di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di sini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Premier Menteri Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah; Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali; Timbalan Menteri Kesihatan; Lukanisman Awang Sauni dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Veteran politik yang juga rakan baik mantan Ahli Parlimen Santubong itu iaitu mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan serta isteri, Datin Patinggi Puan Sri Datuk Wira Lorna Enan Muloon Chan juga hadir meraikan pasangan berkenaan.

Majlis turut menyaksikan ketiga-tiga anak Wan Junaidi; Sharifah Fariah, Sharifah Nong-Jasima dan Sharifah Nuril Barieyah berkongsi kegembiraan dengan pernikahan kedua Abah mereka menerusi ucapan masing-masing.

“Sejak majlis di Kuala Lumpur saya menerima banyak pesanan ‘Whatsapp’ bagi mengesahkan Abah kahwin lagi…ya, kami mengenali Bonda secara berperingkat sebelum ini sejak Oktober tahun lepas,” kata Sharifah Fariah, anak sulung.

Setelah mengenali hati budi Fauziah, menurut mereka yang telah berbesar hati menerima beliau serta mesra mendekatinya panggilan Bonda sambil menyifatkan wanita berkenaan ‘satu kepala’ dengan mereka.

Terdahulu, acara akad nikah diadakan 10 Disember; sementara majlis resepsi pertama diadakan juga di Kuala Lumpur (11 Dis) telah dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Wan Junaidi selepas kematian isterinya, Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah, pada Mei 2022. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.