KPM jemput NGO bincang isu keciciran 100,000 pelajar

Spread the love

NIBONG TEBAL, 8 Jan: Kementerian Pendidikan (KPM) mengalu-alukan input daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung dakwaan mengenai keciciran kira-kira 100,000 murid dalam sistem pendidikan nasional.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya begitu memandang serius isu berkenaan yang berada dalam senarai perhatian utama untuk ditangani.

Justeru, ujar beliau, KPM menjemput mana-mana NGO untuk datang ke kementerian tersebut bersama data berkaitan untuk melakukan intervensi secara bersama.

“Kita akan lihat sama ada program-program yang telah kita lakukan efektif atau tidak sebab kita pandang serius isu ini.

“Sebab itu saya daripada awal di peringkat KPM dalam tujuh teras yang saya sebut, salah satunya adalah menangani keciciran,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Nibong Tebal berkata demikian pada sidang media program Pasar Percuma Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi di Bukit Panchor di sini.

Terdahulu, media baru-baru ini melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir mendedahkan kajian lapangan NGO berkenaan yang mendapati hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan negara yang dilihat amat membimbangkan.

Ujarnya, satu sistem pemulihan perlu dirangka dalam menyelamatkan golongan berkenaan agar hak pendidikan diberikan kepada semua rakyat di negara ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.