Kabinet Sabah akan dirombak – Hajiji

Spread the love

KOTA KINABALU, 8 Jan: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan beliau akan melakukan rombakan kabinet barisan pentadbirannya.

Katanya, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah kita akan membuat reshuffle.

“Sokongan itu datang daripada wakil rakyat Pakatan Harapan, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah,”katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Perkembangan itu menyusul selepas Hajiji berjaya mempertahankan pentadbiran Kerajaan Sabah yang dipimpinnya ekoran tercetus krisis politik di negeri itu sejak beberapa hari lepas.

Sebelum ini, kedudukan Hajiji goyah selepas Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Bung Moktar mengumumkan tidak lagi menyokong kepimpinan beliau selaku Ketua Menteri.

Berkenaan rombakan kabinet, laporan media menyebut Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri merupakan antara nama yang akan digugurkan.

Sementara itu, Hajiji memaklumkan, Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin semalam menerima akuan bersumpah daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang masih memberi sokongan kepada beliau. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.