Bomba berjaya kesan kereta terjunam dalam sungai di Tanjung Kunyit

Spread the love

SIBU, 8 Jan: Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berjaya mengesan kedudukan kereta yang terjatuh ke sungai berhampiran Pengkalan Feri Tanjung Kunyit dekat sini, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba 1, Janggan Muling berkata, khidmat unit penyelam PPDA telah dikerahkan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, dua mangsa masih hilang dan mereka dipercayai terperangkap di dalam kenderaan itu.

“Seramai 11 anggota unit berkenaan terlibat dalam SAR pada hari kedua yang menggunakan kaedah pencarian di permukaan air pada radius dua kilometer (km) dari lokasi kejadian pada pukul 10 pagi tadi.

“Kedudukan kereta berjaya dikesan selepas selaman kelima namun kerja menaikkan kenderaan tersebut masih belum dapat dilakukan sementara menunggu bantuan kapal dan kren,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Jumaat lepas, sebuah kereta yang dinaiki tiga individu termasuk seorang wanita terjunam ke dalam Sungai Batang Rajang di jeti Feri Tanjung Kunyit namun seorang ditemui selamat pada pagi Sabtu.

Mangsa yang selamat merupakan seorang doktor gigi berusia 38 tahun manakala dua yang masing hilang dikenali sebagai Philip Yiin Chung Leong, 61, dan seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an yang belum dikenal pasti identitinya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.