Skuad 72 Malaysia rai sambutan jubli emas ke-50 tahun

Spread the love

KUCHING, 7 Jan: Persatuan Bekas Polis Hutan Skuad 72 (Skuad 72 Malaysia) telah mengadakan majlis perjumpaan sempena sambutan jubli emas yang ke-50 tahun, hari ini.

Setiausaha Skuad 72 Induk Kuala Lumpur, Mazlee Jaafar berkata dengan mengadakan majlis seperti ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

“Jadi dalam majlis seperti ini ia memang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Skuad 72 iaitu semasa pasukan termasuklah dari Semenanjung.

“Di Sarawak ini kita mengadakan majlis ‘reunion’, tanpa mengira ahli yang datang daripada pelbagai etnik, budaya, agama dan sebagainya. Inilah yang kita hasratkan iaitu dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahim,” katanya semasa Majlis Reunion sempena sambutan Jubli Emas yang ke-50 tahun hari ini.

Tambahnya, persatuan tersebut akan membuat majlis perjumpaan dengan kerap agar jasa mereka dihargai oleh seluruh rakyat.

“Namun begitu, kita akan cuba membuat majlis yang seperti ini pada setiap tahun kerana masa amat mencemburui kita. Kalau boleh hubungan baik sejak tahun 1972 ini berterusan hingga ke akhir hayat kita,” katanya lagi.

Terdahulu, seramai 163 orang bekas anggota polis hutan hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir Penaung Reunion Sub Skuad 72 bahagian Kuching Sarawak, Abang Ahmad Suni, Pengerusi Reunion Sub Skuad 72 bahagian Kuching Sarawak, Rosli Buji dan Timbalan Pengerusi Skuad 72 PPH Brigade Sarawak, Rapolla Abdul Satar.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.