Mesyuarat pertama MTPPMA63 awal Februari di Kuching – Fadillah

Spread the love

SIBU, 7 Jan: Mesyuarat pertama Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPPMA63) dijangka akan diadakan di Kuching pada awal Februari depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan serentak dengan lawatan kerja rasmi beliau ke Sarawak akan disertai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah.

Menurut beliau, antara perkara yang bakal diperincikan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai peruntukan khas kepada Sabah dan Sarawak di bawah Pekara 112D Pelembangaan Persekutuan.

“Mesyuarat pertama Majlis (MTPPMA63) itu akan diadakan di Kuching dan antara agendanya adalah untuk memperincikan peruntukan khas kepada Sarawak di bawah perkara 112D Pelembagaan Persekutuan,

“Ia mungkin pada awal Februari bagaimanapun tiada tarikh tertentu ditetapkan lagi namun itu adalah indikasinya ketika ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan ‘walkabout’ di Pasar Sentral Sibu, di sini, hari ini.

Menurut Fadillah, mesyuarat tersebut juga akan turut membincangkan perihal pemberian kuasa autonomi berkaitan pendidikan dan kesihatan awam yang sudah dipersetujui secara perinsip sebelum ini.

Katanya, pada ketika ini Jawatankuasa Teknikal MA63 sedang dalam proses memperincikan keperluan dan butiran yang diperlukan dalam proses pemberikan kuasa autonomi terhadap dua perkara berkenaan.

Pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet, Rabu lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan jaminan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan ditingkatkan pada kadar yang munasabah memandang ia termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.