Buaya muncul di Kampung Baji di Sarikei, penduduk diingatkan berwaspada

Spread the love

SARIKEI, 7 Jan: Kemunculan seekor buaya menggemparkan penduduk Kampung Baji di Sarikei, pada Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika air pasang besar di sungai berhampiran kira-kira jam 8.00 malam.

Susulan kehadiran reptilia ganas berkenaan, pasukan dari balai Bomba dan Penyelamat Sarikei hadir di lokasi untuk melakukan pemantauan di kawasan tersebut.

Pada masa sama, pihak Bomba turut mengingatkan penduduk setempat agar sentiasa berwaspada dari masa ke masa sekiranya buaya berkenaan kelihatan lagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.