‘Tahniah’ yang penuh makna daripada Puteri Sarah kepada Syamsul Yusof

Spread the love

KUCHING, 6 Jan: Puteri Sarah Liyana mengucapkan tahniah atas pernikahan suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof dengan Ira Kazar.

Ucapan itu ditulis dengan huruf besar ‘TAHNIAH’ seolah-olah sinis dengan pengakuan Syamsul menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya.

“Apa-apa pun TAHNIAH sebab akhirnya mengaku dan berdaftar. Selepas dah berbulan nikah di Thailand kan,” soalnya menerusi story Instagramnya.

Puteri Sarah juga seolah-olah kecewa kerana menyalahkannya dalam semua perkara.

Baca artikel berkaitan di sini >>> Syamsul Yusof mengaku nikah dengan Ira Kazar

“Ok, tunggu. Tengah shooting. Kejap lagi Sarah buat video. Tunggu ya,” tulisnya.

Story Instagram Puteri Sarah turut memuatkan gambar pernikahan Syamsul dan Ira yang tersebar di media sosial.

“Gambar ni nikah kat Thailand. Betulkan @syamsulyusoffilm,” tulisnya. – TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.