Piala AFF 2022: AirAsia rai demam bola sepak, tawar tambang istimewa KL-Bangkok

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Jan: AirAsia menawarkan tambang tetap istimewa antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi menyokong kempen perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand, dari 6 hingga 11 Jan.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tambang termasuk semua bagi penerbangan pergi balik dari Bangkok ke Kuala Lumpur ialah THB5,000 (RM647.54) manakala tambang penerbangan termasuk semua, perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Bangkok ialah RM500.

“Tambang pergi balik semua termasuk cukai lapangan terbang, yuran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Harga tambang tetap istimewa ini adalah untuk tempoh perjalanan dari 7 hingga 8 Jan dari Bangkok ke Kuala Lumpur dan 10 hingga 11 Jan dari Kuala Lumpur ke Bangkok.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, esok.

Selepas perlawanan di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Bangkok untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang itu di Stadium Thammasat, pada Selasa (10 Jan). -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.